BUKAN YANG PERTAMA
Bukan Yang Pertama - Elly Mazlein jiwai watak wanita lumpuh
Oleh WANDA IDRIS
SEWAKTU Mega mengunjungi lokasi penggambaran drama Bukan Yang Pertama di Pusat Perubatan Salam di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini, penolong pengarahnya, Dee Hasnan sedang sibuk memberi arahan shot yang ingin diambil.
Sementara para pelakon terlibat; penyanyi Elly Mazlein, Haryanto dan Ikram Denzley pula mengambil posisi masing-masing untuk adegan di hospital.
Antara babak yang diambil pada petang itu ialah babak Elly Mazlein terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya dan babak dia menerima kunjungan Haryanto dan Ikram.
“Bukan mudah Ayin membawakan watak Yasmin. Ini kali pertama Ayin diberikan watak sebegini berat,” kata Elly Mazlein yang diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama arahan Fauziah Datuk Ahmad Daud itu.
Sebagai Yasmin, kata Elly Mazlein yang sebelum ini pernah menjadi heroin dalam filem Tangkai Jering, dia perlu mendapatkan emosi sebagai seorang wanita yang lara akibat kakinya yang lumpuh.
“Ayin buat homework. Ayin belajar watak Yasmin, seorang gadis cantik dan berkerjaya serta manja kerana dia anak tunggal kepada seorang Tan Sri.
“Tapi kemudian dia perlu menghadapi kenyataan bahawa kakinya lumpuh akibat kemalangan jalan raya dan suaminya pula berkahwin dengan kekasih lama yang juga orang gajinya sendiri,” jelas Elly Mazlein.
Merasa bertuah mendapat bimbingan Fauziah Ahmad Daud, peluang berlakon di bawah arahan pengarah itu tidak disia-siakan Elly Mazlein khususnya dalam mendalami teknik lakonan.
“Ketika mula-mula menerima tawaran berlakon drama ini, Ayin rasa takut malah tak yakin dengan kemampuan diri.
“Tapi Ayin bersyukur kerana di lokasi, Ayin mendapat tunjuk ajar daripada Kak Ogy dan para pelakon senior yang lain,” jelas Elly Mazlein yang mesra memanggil dirinya Ayin.
MENGENAI BUKAN YANG PERTAMA
DRAMA nukilan Rina Khan ini memaparkan plot tentang kemelut percintaan antara Kamal, Yasmin dan Lia.
Kamal dan Lia merupakan pasangan kekasih sewaktu menuntut di universiti tempatan sebelum kedua-duanya terputus hubungan apabila Lia terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia setelah bapanya jatuh sakit.
Setelah tamat pengajian Kamal pula bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan bekerja satu pejabat dengan Yasmin.
Satu hari, Kamal dan Yasmin mengalami kemalangan setelah pulang bercuti bersama rakan sekerja yang lain mengakibatkan Yasmin lumpuh sementara Kamal buta sebelah mata.Kemalangan itu juga mengakibatkan pertunangan Yasmin dan Azrai terputus apabila
Azrai menuduh Yasmin menduakannya.
Akibat rasa bersalah, Kamal berkahwin dengan Yasmin.
Sementara itu, Lia yang tertekan dengan kehidupan di Indonesia, kembali semula ke Malaysia dan bekerja sebagai orang gaji di rumah keluarga Yasmin.
Oleh kerana dia mempunyai pengalaman menjaga ayahnya yang lumpuh, ibu Yasmin, Puan Seri
Azimah meminta Lia bekerja di rumah Yasmin.
Lia tidak membantah tanpa mengetahui bahawa suami Yasmin adalah bekas kekasihnya.Bukan Yang Pertama merupakan drama bersiri 26 episod yang dijangka ditayangkan di RTM pada Mei ini.
Lokasinya dilakukan sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam bermula sejak 14 Disember dan tamat pada 2 April lalu.
Menurut Pengurus Produksinya, Redza Fahmy, pemilihan Fauziah Ahmad Daud sebagai sutradara drama itu kerana kemampuannya dalam melatih pelakon khususnya pelakon baru untuk menjiwai watak.
Mengulas mengenai pemilihan pelakon Indonesia untuk membawakan watak Lia, kata Redza, ia bertujuan untuk menjadikan watak tersebut lebih genuine.
DRAMA: BUKAN YANG PERTAMAPENGARAH: FAUZIAH DATUK AHMAD DAUDPENOLONG PENGARAH: AYIE SAAREE & DEE HASNANJURUKAMERA: IRWAN MUNIRSKRIP: RINA KHANPENGURUS PRODUKSI: REDZA FAHMYPENERBIT: ZAITON MOHD. JIWAPENERBIT EKSEKUTIF: HARIF AHMAD SYAHTERBITAN: GLOBAL STATION SDN. BHD.TAYANGAN: 26 Episod pada Mei ini di RTMLOKASI: PUSAT PERUBATAN SALAM, SHAH ALAM, SELANGORPELAKON: ELLY MAZLEIN sebagai YASMIN, HARYANTO (KAMAL), DEASY MIRANTY ROSTIANTY (LIA), WAN HANAFI SU (TAN SRI MULUK), RAHIMAH RAHIM (PUAN SRI AZIMAH), LIZA OTHMAN (MAZNAH), ROSLAN SALLEH (ARIFFIN), IKRAM DENZLEY (HABIB), TANIA ZAINAL (KAMELIA) dan RADHI KHALID (AZRAI).
0 Comments:
Post a Comment
<< Home